Anda di Swiss tapi nak cari Nasi Lemak? MRE alternatif terbaik untuk anda.

Anda di Swiss tapi nak cari Nasi Lemak? MRE alternatif terbaik untuk anda.

MRE adalah singkatan kepada Meals Ready to Eat. MRE merupakan sejenis pack yang mengandungi makanan yang telah siap dimasak. Ia boleh dihidang dan dinikmati bila-bila masa sahaja kerana tempoh pack MRE ni boleh bertahan sehingga 2-3 tahun. Ini kerana teknologi utama yang digunakan dalam penghasilan MRE ini adalah Proses Retort. Pack MRE yang telah di sealed kemudiannya akan disterilisasi pada suhu dan tekanan tinggi di dalam sebuah bekas yang dipanggil mesin retort. Proses ini menghapuskan semua mikroorganisma yang merosakkan makanan sekaligus menghalangnya daripada rosak.

Ketika dahulu MRE ini hanya terkenal dikalangan tentera sahaja kerana penyediannya yang begitu mudah, cepat dan senang dibawa. Namun pada hari ini terdapat banyak syarikat pengeluar makanan telah mengkomersialkan MRE ini. Terdapat pelbagai menu makanan MRE yang sangat menarik yang dihasilkan menepati cita rasa rakyat tempatan.


Antara jenama MRE tempatan yang popular di Malaysia ini adalah Kembara Meals. Setakat ini Kembara Meals telah keluarkan 5 menu set nasi berserta lauk.

- Lamb Kuzi with Hujan Panas Rice
- Beef Rendang with Pilaf Rice
- Chicken Masak Merah with Tomato Rice
- Nasi Lemak with Chicken Rendang
- Smoked Beef Masak Lemak with Basmati Rice

Lamb Kuzi with Hujan Panas Rice (9.7/10)
Daging kambing Lamb Kuzi ini sangat lembut. Daging yang digunakan tidak mengandungi bahagian tulang jadi anda akan terima semua bahagian isi sahaja. Rasa kuahnya juga sedap dan berempah. Disajikan pula dengan beras Basmati membuatkan hidangan ini sangat menyelerakan. Lamb Kuzi antara menu yang paling sedap dalam semua menu Kembara Meals yang ada. Cuma untuk kuahnya kami rasakan kuantiti minyak digunakan agak banyak. Jadi kalau anda tidak suka nasi jadi berminyak anda perlu asingkan lauk ke dalam bekas yang lain.

Beef Rendang with Pilaf Rice (9/10)
Daging yang digunakan untuk Rendang ini juga lembut dan tiada bahagian tulang. Rasa rendang tidaklah capai 100% seperti anda pernah menjamu pada pagi raya. Tetapi rasa Rendang Daging Kembara Meals antara yang sedap berbanding jenama lain yang ada.

Chicken Masak Merah with Tomato Rice (9/10)
Seperti menu lain juga, Kembara Meals hanya menggunakan bahagian isi dan tiada tulang. Sangat memudahkan kerana anda boleh makan kesemua menu makanan hanya menggunakan sudu sahaja dan tidak perlu risau untuk tangan kotor. Rasa masakkan ayam masak merah ini secukup rasa dan sedap. Menu ini didatangi dengan nasi tomato.

Nasi Lemak with Chicken Rendang (8/10)
Nasi lemak yang disediakan mempunyai aroma santan dan daun pandan yang wangi. Rasa rendang untuk nasi lemak ini hampir sama seperti menu Beef rendang. Untuk nasi lemak ini juga didatangi ikan bilis goreng dan kacang. Tetapi rasa ikan bilis ini sedikit masin.

Smoked Beef Masak Lemak with Basmati Rice (9.5/10)
Kami tak sangka untuk menu daging salai masak lemak ni mereka dapat kekalkan aroma dan rasa smokey itu walaupun makanan ini telah dipek dan disimpan lama. Ada sedikit kepedasan tetapi pada level yang rendah. Jadi menu ini sangat sesuai dinikmati ketika anda mengembara di negara atau tempat yang sejuk.

Untuk makluman, kesemua menu Kembara Meals ini menggunakan beras basmati. Kualiti nasi memang sangat berkualiti kerana rasa dan tekstur nasinya sama seperti anda nikmati di kedai. Nasinya beraroma, dimasak dengan sempurna dan tidak kering. Portion nasi yang diberi sangat banyak. Mengenyangkan dan pasti dapat memberi tenaga yang diperlukan sepanjang pengembaraan anda.

Kesemua meals didatangi dengan tray dan sudu plastik dalam setiap pek. Kami suka pek ini kerana anda boleh masukkan semula sisa makanan dan sampah kemudian seal pek ini. Senang untuk kemas dan menjaga kebersihan terutama sekali untuk yang mengembara dalam hutan kerana tiada akses tong sampah yang berdekatan.

Apa yang menarik lagi anda boleh guna food warmer (add on) untuk pek Kembara Meals ini. Memang sangat recommend kerana memudahkan proses memanaskan makanan ini. Hanya perlu tuangkan air paip/sungai/mineral ke dalam pek mengikut panduan garis yang telah ditanda. Selama 10 minit air tesebut akan mendidih dan akan memanaskan hidangan tersebut.

Back to blog