Bencana alam ketika kembara? Ini yang patut anda lakukan!
Share
Kami tahu bencana alam adalah perkara terakhir yang anda mahu fikirkan apabila anda pergi mengembara, tapi kita tahu yang apa sahaja boleh berlaku, dan bersedia menghadapi sesuatu mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda.
Sebagai persediaan anda, kami telah menyusun senarai perkara yang patut anda buat sebelum dan ketika anda mengembara, termasuklah apa yang harus anda buat apabila tempat yang anda lawati terjejas dengan bencana alam:
Apa yang perlu anda lakukan/semasa mengembara
Buat kajian terlebih dahulu masa terbaik untuk pergi. Misalnya, elakkan melawat negara ketika musim banjir dan taufan.
Dapatkan kemas kini berita terbaru. Pastikan anda tahu tentang situasi di negara yang bakal anda kunjungi sebelum anda memulakan perjalanan, terutama sekali peringatan tentang bencana alam yang akan berlaku.
Sebelum memulakan perjalanan, jika anda tahu tentang situasi yang mungkin akan membahayakan keselamatan anda, hubungi syarikat penerbangan dan hotel untuk mengetahui cara serta terma dan syarat penjadualan semula atau pembatalan.
Beli insurans perjalanan. Ini boleh membantu menampung kerugian anda jika terdapat bencana alam, tapi pastikan anda buat perbandingan dahulu dan baca semua polisi yang dinyatakan.
Hafal nombor telefon ahli keluarga. Jika anda hilang telefon bimbit anda, pastikan anda boleh ingat sekurang-kurangnya no telefon seorang ahli keluarga anda untuk memberitahu keadaan anda secepat yang mungkin.
Apabila mendapat amaran berpindah, buat sepantas yang mungkin. Ambil perkara penting sahaja, seperti telefon bimbit, duit, dan pasport, tapi tinggalkan yang lain.
Hubungi pejabat kedutaan Malaysia. Apabila bencana alam berlaku dan anda berada di negara lain, hubungi mereka kerana kedutaan akan mengaturkan pemindahan rakyat Malaysia keluar dari negara yang ditimpa bencana itu.
Jika negara itu menggunakan bahasa asing, belajar beberapa perkataan seperti “Kecemasan”, “Tolong”, atau “Saya tidak faham”. Lebih baik kalau ada buku terjemahan mudah bersama anda.
Amalkan untuk mengembara dengan beberapa “power bank” atau bateri tambahan yang telah siap di caj dan tidak memerlukan punca kuasa.
Apa yang perlu dibuat jika…
Letusan gunung berapi
Jika anda dalam kawasan berbahaya, cepat-cepat keluar ke zon selamat dan cari perlindungan.
Walaupun anda diluar zon bahaya, anda masih berisiko untuk terkena abu gunung berapi, gas beracun, dan batu-batu yang berterbangan, jadi cari perlindungan dalam bangunan dan tutup semua pintu, tingkap, dan pengudaraan.
****
Gempa bumi
Jika anda berada dalam bangunan ketika gempa bumi, ikuti 3 langkah berikut: DROP ke lantai; COVER cari perlindungan di bawah meja yang stabil atau perabot lain; dan HOLD ON bertahan sehingga gempa berhenti.
Jauhi kaca, tingkap, pintu, dan dinding, dan apa sahaja yang boleh runtuh atau berkecai, seperti lampu atau perabot yang tidak stabil.
Jangan gunakan rangka pintu melainkan anda tahu pintu itu disokong dengan kuat dan ia dekat dengan anda. Banyak di dalam kerangka pintu dibina ringan dan tidak menawarkan perlindungan.
Kekal di dalam sehingga gegaran berhenti dan selamat untuk keluar. Jangan keluar dari bangunan semasa gempa bumi. Kajian menunjukkan yang kebanyakan kecederaan berlaku apabila orang di dalam bangunan cuba bergerak ke lokasi yang berbeza di dalam bangunan atau cuba untuk keluar.
Jangan gunakan lif, ketika gegaran kerana ini mungkin akan menyebabkan kerosakkan pada lif tersebut.
Jika anda berada di luar, jauhkan diri dari bangunan, lampu jalan, dan wayar utiliti dan kekal di sana sehingga gegaran berhenti. Bahaya terbesar wujud di luar bangunan, di pintu masuk dan di samping dinding luaran.
Sekiranya anda berada dalam kenderaan yang bergerak, berhenti di tempat yang selamat dan duduk di dalam kenderaan. Elakkan berhenti dekat atau di bawah bangunan, pokok, jambatan, dan wayar utiliti.
Teruskan dengan berhati-hati apabila gempa bumi telah berhenti. Elakkan jalan, jambatan, atau tanjakan yang mungkin rosak akibat gempa bumi.
Sekiranya anda terperangkap di bawah serpihan, jangan bergerak terlalu banyak atau menendang habuk.
Tutup mulut anda dengan kain, seperti sapu tangan atau pakaian.
Jangan menyalakan mancis atau pemetik api.
Ketuk paip atau dinding supaya penyelamat dapat mencari anda. Gunakan wisel jika ada pada anda. Berteriak hanya sebagai pilihan terakhir, kerana menjerit boleh menyebabkan anda menyedut debu atau keletihan.
*****
Tsunami
Selepas gempa bumi atau letusan gunung berapi, dapatkan infomasi terkini daripada pihak berkuasa tempatan, seperti peringatan tsunami dan lain-lain.
Ketahui tanda-tanda: sebelum tsunami, perairan akan surut dari pantai dan mendedahkan dasar laut, terumbu dan ikan; tsunami yang menghampiri membuat bunyi "menderu" kuat seperti pesawat kereta api atau jet.
Jauhi pantai dan kawasan pantai, dan pergi ke kawasan yang lebih tinggi atau yang lebih jauh. Jika anda boleh lihat ombak, bermaksud anda terlalu dekat untuk melepaskan diri.
Sediakan jalan keluar (jika penginapan anda tiada, jadi rancang sendiri jalan keluar anda). Pastikan anda berada sekurang-kurangnya 30 meter atas paras laut atau 2-3 kilometer di pedalaman.
Jika amaran tsunami berlaku, lari secepat yang mungkin - jangan tunggu sehingga arahan rasmi pemindahan dikeluarkan. Bawa radio kecemasan bersama anda jika boleh, terutama sekali yang berkuasa bateri, jika ada.
Tunggu sehingga pengumuman “keadaan selamat”, kerana selalunya ombak tsunami diikuti dengan ombak yang lebih besar.
***
Banjir
Jika hujan lebat dan tidak berhenti di kawasan anda, pastikan anda tahu maklumat terkini tentang banjir yang mungkin berlaku.
Berpindah jika perlu, atau sekurang-kurangnya pergi ke tempat yang lebih tinggi dan kekal di sana sehingga pasukan penyelamat tiba.
Jika anda berada di dalam kereta, jangan cuba untuk mengharung air yang dalam kerana kereta anda mungkin akan dibawa arus deras, walaupun kenderaan anda ialah trak atau SUV. Air setinggi enam inci boleh membuatkan enjin sebuah kenderaan mati dan membuatkan anda terkandas.
Jangan memandu merentas jambatan dibawah air banjir yang deras, kerana tapak jambatan itu mungkin tidak stabil.
Jangan meranduk air yang deras. Anda boleh dengan mudah dibawa arus, kerana arus banjir boleh menjadi lebih deras daripada yang dijangka.
Jauhi arus wayar elektrik atau punca elektrik. Arus elektrik boleh melalui air dan aliran kuasa yang tidak berfungsi juga dianggp sebagai bahaya ketika banjir.
Jaga-jaga dengan haiwan kecil dan reptilia seperti ular atau buaya, terutamanya jika anda berada dekat dengan hutan atau paya. Selalunya haiwan-haiwan ini cepat gelisah (membuatkan ia lebih mudah menyerang anda) dan mungkin mencari perlindungan di tempat yang sama seperti anda.
Sentiasa berhati-hati dengan kebocoran gas dan ekzos karbon monoksida. Penjana dan mesin lain yang menggunakan gas mungkin digunakan selepas banjir diatas banyak sebab. Karbon monoksida tidak berbau. Pastikan udara yang anda hidu itu selamat (buka tingkap) dan jangan nyalakan mancis jika anda terbau gas.
Jika anda terdedah kepada air banjir, ketahuilah ia tidak bersih dan bersihkan diri anda dengan sebaik mungkin. Begitu juga dengan pakaian dan kasut anda. Basuh semua peralatan yang terkena air banjir kerana ia mungkin dicemari dengan kumbahan, kimia dan bahan lain yang berbahaya.
*****
Taufan
Jika taufan dijangka di lokasi anda, jika boleh, bertindak secepat mungkin dengan berpindah dan ikuti arahan pemindahan oleh pihak berkuasa tempatan. Anda perlu berpindah sekurang-kurangnya 24 jam sebelum ribut tiba.
Jika anda menaiki penerbangan keluar, hubungi syarikat penerbangan secepat yang mungkin untuk menempah tempat duduk yang tersedia. Jika tiada tempat duduk yang tersedia atau jika penerbangan hanya tersedia pada esok hari, anda mungkin perlu membeli tiket sehala untuk pulang dengan syarikat penerbangan yang lain.
Jika anda tidak boleh pergi ke mana-mana, hubungi ahli keluarga dan maklumkan mereka lokasi anda. Berikan maklumat terkini hanya apabila perlu, kerana anda perlu memanjangkan jangka hayat bateri.
Jika anda menginap di pantai atau berdekatan, cari tempat lain yang lebih tinggi atau jauh untuk menginap, kerana terdapat risiko yang besar jika anda berada dekat dengan kawasan pantai.
Jika anda dipindahkan ke pusat perlindungan, pastikan anda membawa bersama kad pengenalan diri, sijil-sijil berharga dan ubat-ubatan dalam bekas asal.
Simpan bekalan lampu suluh dengan bateri tambahan, selimut, bantal, dan air serta makanan yang mencukupi.
Kekal dalam bangunan sehingga pengumuman rasmi dibuat.
___
Bencana alam mungkin akan terjadi, tapi bagaimana kita menanganinya bergantung pada sejauh mana kita membuat persiapan. Apa pun, ia tidak sepatutnya melemahkan semangat anda untuk mengembara.
Alami percutian yang diorganisasikan oleh PARAMOUNT Travelex supaya semua kemungkinan dapat dikenalpasti.