Celcom, Digi atau Hotlink lebih jimat untuk Travel?

Celcom, Digi atau Hotlink lebih jimat untuk Travel?

Pada artikel ini ditulis (May 2023), berikut adalah senarai harga pakej data roaming telco yang popular di Malaysia.

Celcom - 30 days, Unlimited internet, RM98

Digi - 14 days, 4gb, 60 min call, RM75

Hotlink - 14 days, 5gb, RM70

Maxis (postpaid) - 30 days, Unlimited Internet, RM99

U Mobile - 1 day, Unlimited internet, RM36

Tune Talk - 1 day, 500mb, RM33

*Semua rate tersebut adalah bagi negara-negara Eropah.

Merujuk kepada senarai di atas, jika anda travel selama lebih dari 14 hari, Celcom adalah pilihan yang berbaloi. Manakala, jika anda travel kurang dari 14 hari, Digi adalah pakej yang terbaik.

Tapi tahukah anda pakej yang berbaloi adalah dengan menggunakan travel sim. Dulu travel sim hanya mudah didapati dalam kawasan airport dan semestinya harga dikenakan agak tinggi. Sekarang travel sim ini sangat mudah untuk didapati. Anda boleh buat carian di Shopee atau Lazada sahaja. Anda boleh pilih sim mengikut destinasi pelancongan masing-masing. Sebagai contoh, untuk negara Switzerland, Italy, Spain dan France anda boleh cari Europe sim. Harga dan pakej data travel sim ini adalah sangat berbaloi berbanding pakej yang ditawarkan oleh telco telco Malaysia.

Salah satu contoh pakej data travel sim yang ditawarkan ialah pakej 30 hari, 10gb + unlimited call & sms dengan harga RM63 sahaja! Anda boleh check travel sim ni pada link dibawah.

https://shope.ee/fIHnbj6G



Kalau tak pilih mana-mana pakej data roaming atau unlimited call, confirm bil anda melambung tinggi! Before this, min pun dah pernah kena caj tinggi once min di Swiss, terima panggilan dari Malaysia. Hujung bulan dapat bil, termenung juga😩

Ps: Satu tips lagi, walaupun anda mendapat panggilan masuk daripada negara hometown anda sewaktu berada di luar negara, biarkan sahaja call itu ending dengan sendiri. Jangan tekan end call ye! sebab itu juga dikira seperti anda menjawab panggilan tersebut.

Oleh itu, bijaklah membuat pilihan. Terdapat banyak kemudahan dan pakej yang disediakan. 

Back to blog