Emas Sebagai Wang Antarabangsa

Emas Sebagai Wang Antarabangsa

"International Money" atau Wang Antarabangsa adalah istilah lain bagi emas. Tiada negara dan mana-mana tempat yang tidak mengiktiraf emas sebagai sesuatu yang mempunyai nilai yang tinggi. 


Untuk pengetahuan emas juga merupakan salah satu alternatif selain membawa wang tunai ke luar negara. Kemungkinan jika anda ke sebuah negara yang membeli emas pada harga yang tinggi, anda akan lebih untung berbanding anda menukar wang Ringgit Malaysia di negara tersebut.

Selain itu, terdapat negara-negara yang tidak menerima Ringgit untuk ditukar jika anda bawa ke pengurup wang disana berikutan nilai matawang Ringgit Malaysia berada pada nilai yang rendah. Negara-negara Eropah antara yang sukar untuk anda tukar Ringgit kepada nilai wang mereka.

Jadi membawa emas semasa melancong ke luar negara bukan sahaja anda berkemungkinan dapat tukaran nilai wang yang lebih tinggi malah emas juga boleh jadi sebagai wang kecemasan untuk anda. Berikutan emas diakui nilainya dan diterima di mana-mana tempat anda berada.

Back to blog